Logo & bendera .

LAMBANG

Perisai berlatar belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 negeri di Malaysia berwarna putih serta perkataan 4B berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas

BENDERA 4B

Berwarna Merah dan Putih (sama besar) iaitu merah disebelah bawah dan putih disebelah atas dengan lambang terletak dipenjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera.

Putih bererti memberikan khidmat dengan bersih, tulus dan ikhlas,

Merah bererti berani dalam perjuangan menegakan kebenaran.